DiariXploR.com
diari saya buat duit di internet
pakej video blog
  • Home
  • Siapa XploR?
  • Hubungi

Archive for the ‘Info’ Category

RAHSIA buat duit di internet!

Info 7 Comments »

Saban hari saya menerima pelbagai macam bentuk email; ada yang mengajak JV, ada yang bertanyakan soalan – soalan teknikal, ada yang bertanyakan tentang kesahihan laman – laman web tertentu dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, soalan yang PALING kerap saya terima adalah:

“Boleh tak saudara ajar saya macam mana nak buat duit dengan
SEGERA di internet?”

Anda mungkin dah terdedah dengan pelbagai cerita, berita, informasi yang mengatakan adalah MUDAH untuk buat duit di internet…

Dengan kebanyakan laman web – laman web yang menunjukkan pendapatan RIBU – RIBU setiap hari, screen shot transaksi akaun bank, PayPal, Clickbank etc… membuatkan ramai pengguna internet berasa TERUJA dengan tawaran pada laman web tersebut.

Apatah lagi apabila kebanyakan pemilik web jualan tersebut memberitahu bahawa tawaran yang mereka berikan adalah “RAHSIA” yang kononnya mampu membantu anda menjana pendapatan di internet…

Jadi, sebagai pengguna yang sedang tercari – cari “macam mana nak buat duit” menerusi internet, kebanyakan mereka akan lebih terdorong untuk memiliki dan mencuba tawaran yang diberikan.

Sekarang, mari kita hadapi KENYATAAN yang sebenarnya…

Adakah mudah untuk buat duit di internet? Jawapannya adalah TIDAK.

Fikirkan kembali logiknya… Jika benarlah nak buat duit di internet ini mudah, saya percaya ramai yang akan berhenti kerja, mengadap komputer dan “kaut” duit dari internet…

Sedar atau tidak, kehidupan kita ini memerlukan USAHA TANPA LELAH untuk kita capai sesuatu.

Jika malas berusaha, bagaimana kita nak capai apa yang kita hajati.

Oleh itu, saranan saya adalah anda perlu tetapkan minda yang betul terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam industri ini.

Sebenarnya tak ada “RAHSIA” untuk menjana pendapatan menerusi internet.

Tahukah anda bahawa perkara yang paling UTAMA yang akan menentukan sama ada anda akan berjaya menjana pendapatan di internet ataupun tidak adalah:

KEBERKESANAN KEMAHIRAN & STRATEGI MELAKUKAN PEMASARAN SECARA ONLINE

Ya… Inilah sebenarnya yang kononnya menjadi “RAHSIA” kepada kebanyakan mereka yang mampu menjana pendapatan di internet. Jika anda mampu menguasai “BAGAIMANA” untuk melakukan pemasaran di internet, maka dengan mudah anda boleh buat duit di internet.

Tetapi untuk mencapai kemahiran ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Ia merangkumi pelbagai aspek bermula daripada bagaimana untuk melakukan kajian pasaran, pemilihan pasaran yang menguntungkan, bagaimana nak bina laman web yang betul, di mana nak beriklan dengan berkesan, macam mana nak menghasilan penulisan (copywriting) yang efektif sehingga membuatkan pelawat web berminat dengan tawaran anda dan pelbagai macam perkara lagi termasuk perihal teknikal.

Terdapat banyak cabang pasaran di internet yang boleh diceburi, tetapi tanya diri kita terlebih dahulu… Sudahkah kita bersedia untuk menempuh sebarang kemungkinan dalam perjalanan kita dalam industri ini?

============================================================================
Artikel ini adalah dari email yang ditulis oleh saudara Amirol Zolkifli (diedit sedikit supaya sesuai untuk dipaparkan). Jika anda mahukan lebih banyak info begini anda boleh mendaftar di www.peluanginternet.com
Awas anda hanya akan menerima info-info berkualiti sahaja, TIADA iklan-iklan mempromosi produk affiliate setiap minggu :D Lawati juga blog beliau beliau di mohdamirol.com.
============================================================================

Ini pula pendapat saya, RAHSIA yang anda beli dan baca itu sebenarnya hanyalah PANDUAN, tanpa apa-apa TINDAKAN tiadalah hasilnya. Dalam membuat tindakan itulah kita memerlukan KEMAHIRAN DAN STRATEGI PEMASARAN yang betul ;)


May 7th, 2009 |

Tags: buat duit, rahsia, strategi pemasaran




Risau blog tiada pelawat?

Info 11 Comments »

Oh! dah lama saya tak menulis. Tak boleh jadi ni. Bersawang blog ni nanti. hehe. Kenapa dah lama tak menulis? Tak ada idea ke? Bukan tak ada idea sebenarnya saya sedang fokus belajar strategi berniaga di ebay. Eh lamenyer blajar…. :) ya memang lama sebab saya ni curi-curi jer masa nak belajar ni. Maklumlah siang kerja, malam jer la ada masa sikit… Sekarang dalam proses menyiapkan produk pula… InsyaAllah saya akan mula menyenaraikan produk di eBay selepas cuti Hari Pekerja nanti. Lagi satu saya ni sebenarnya tak brapa pandai nak buat banyak kerja dalam satu-satu masa. Sebab tu sekarang ni satu lagi blog yang saya yang jadi sumber pendapatan sampingan saya tu saya tinggalkan sekejap…

Berbalik ke tajuk asal, sebenarnya bukan saya nak bagitahu saya risau blog saya tiada pelawat. Tetapi saya nak berkongsi dengan blogger-blogger semua siapa yang patut risau blog tiada pelawat. Pada pendapat saya blogger atau penulis blog yang patut risau ialah mereka yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan utama/sampingan.. Tak kiralah apa sumbernya; program pengiklanan , program affiliate, menjual produk digital/fizikal dan pelbagai sumber lagi. Memang patutlah penulis blog ini merasa risau, yelah kalau tiada pelawat maka tiadalah prospek atau pelawat yang bakal menyumbangkan hasil… Betul tak ? :D

Sebenarnya idea saya menulis kali ni datang dari beberapa penulis blog yang bersungut bila blog tiada pelawat. Jadi kesimpulannya, tidak perlulah anda risau melampau kalau blog tiada pelawat jika blog anda sekadar tempat anda meluah perasaan, catatan kisah kehidupan, hobi masa lapang atau blog suka-suka atau blog cinta antara dua insan, cewaahh :D Mudah cerita blog anda bukanlah blog bermotifkan penjanaan wang. Tapi, risau dan menggelabahlah kamu jika blog kamu adalah sumber pendapatan kamu..
Jadi susun-susunlah strategi untuk menarik pelawat ke blog kamu itu…. ;)

Eh bagilah idea sikit. Oh! saya bukanlah orang yang pakar dan layak untuk bicara tentang menarik trafik ke blog. Sumber trafik utama blog ini hanyalah dari forum signature dan komen-komen yang saya tinggalkan di blog orang lain. Saya belum berkesempatan untuk mencuba kaedah-kaedah yang sememangnya banyak lagi yang belum diselongkar.
Jadi dari mana sumber utama trafik atau pelawat ke blog anda?

p/s: Widget MyBlogLog saya masalah betul la….recent visitor tak updated. Hampeh tul. Tak stabil langsung.


April 26th, 2009 |



  • Kategori

    • Info (2)
    • Makluman (4)
    • Perniagaan Internet (9)
      • eBay (8)
    • Program Internet (2)
      • CPALead (2)
    • Review (1)
    • Santai (1)
    • Tip dan Trik (2)
    • Umum (1)
  • Post Terkini

    • Bulan Januari 2010 Jualan Jatuh Merudum!
    • Perancangan Dan Azam 2010
    • Baru Melanggan Store di eBay Malaysia
    • Selepas lebih 111 hari di eBay…
    • Semua tak laku…
  • Komen Terkini

    • titan on Bulan Januari 2010 Jualan Jatuh Merudum!
    • titan on Perancangan Dan Azam 2010
    • make money with cpalead on Lagi Komisen CPALead.com ;)
    • XploR on Perancangan Dan Azam 2010
    • annuarn on Perancangan Dan Azam 2010
  • Status Terkini

    Status Terkini

      follow me on Twitter
    • Pembaca Setia

    • Blog Informasi

      • Amanz.my
      • JurnalSEM.com
      • MajalahSains.com
      • SmartUsaha.com
    RSS XHTML CSS Log in
    Wp Theme by n Graphic Design | i Software Reviews
    Powered by Wordpress