Hoh! Minggu lepas baru perasan jadik eBay Power Seller. Hari ni pulak dah dapat Top-rated Seller. eBay ni memang takda bagi email yerk nak bagitau berita menggumbirakan nih? hehe. Harap2 bertahan lama la… sedap sikit mata memandang tengok ada logo ni kat listing
Archive for the ‘Perniagaan Internet’ Category
Ermmmm permulaan yang kurang baik bagi tahun 2010. Jualan saya di eBay jatuh merudum bulan lepas. Purata hanya satu jualan sehari. Kalau bulan Disember 2009 untungnya lebih dari makan gaji, bulan ini makan pasir laa kalau tak bergaji. heheh. Nasib baik la saya masih lagi kerja makan gaji, tenkiu bos!
Sekarang ni berniaga di eBay adalah sumber pendapatan sampingan saya yang utama, jadi kalau side income saya dah jatuh mendadak camni hilang semangat dan hilang fokus juga dibuatnya. Mulalah saya fikir nak buat macam-macam. Mempelbagai sumber pendapatan lah katekann…., multiple sources of income omputih kate.
ps: Bulan lepas dapat lagi bayaran CPAlead, hasil [pakej video blog] sapa2 nak diskaun RM30 sila hubungi saya dengan tajuk “DISKAUN PAKEJ VIDEO BLOG“. Tawaran Terhad!!
pss: Kat atas tu tengah test power promosi affiliate; hasil duit online pertama saya yang dah lama saya tinggalkan. Salah satu cara nak mempelbagaikan sumber pendapatan gak nih
Salam. Lame nyer saya tak update blog ni. Admin punya password pun hampir2 lupa.
Dahla payah nak buat post baru, post plak takde info yg menarik kan? Xpe lah…diari lah katekan… ![]()
Nak catat lagi satu diari di sini….
Hari ni 25 Oktober 2009 saya telah melanggan store di eBay.com.my
Sebagai eBay seller yang baru merangkak & berniaga kecil-kecilan saya pun subscribe pakej paling murah iaitu Basic Store.
Dengan yuran bulanan RM12 sebulan dan percuma Selling Manager Pro, kadar ini kira murah dan berbaloi-baloi. Saya pun tak tahu lagi apa beza antara level Basic, Featured dan Anchor Store ni. Biasalah baru nak belajar ni, kenalah ambil yang basic2 dulu, nanti dah nampak hasil yang konsisten, kita upgrade yang lebih advance! Tak gitu?
Banyak lagi yang saya tak tahu pasal store ni, Selling Manager Pro tu pun lagilah saya tak tahu pro nyer kat mane. Sekarang ni yang ada dalam kepala saya ialah nak godek2 store nak buat kategori untuk beribu-ribu produk-produk saya tu.
Sampai sini dulu kali ini. Terima kasih yang sudi jenguk2 blog yang tak brape hot dan suam-suam susukuku ni.
Tak sangka ada lagi yang sudi bg komen wpun post2 tu dah lame. Kunjungan anda amat saya dihargai, datang lagi bawak buah tangan sekali. hehe. Jumpaa lagiiiii!!
p/s: Doakan saya supaya lebih serius di eBay dan kurangkan membazir masa.
Tags: ebay, ebay store, selling manager pro
Lamenyer saya tak update blog ni… Bukan sibuk dengan eBay, tp sibuk dengan kerja….
Sebabnya kerja tu amanah dan tanggung jawab, jadi kena la utamakan kerja dulu…
eBay ni kena la pelan-pelan kayuh dulu…
Tengoklah screen shot di sebelah lepas lebih 4 bulan saya berniaga di eBay. Sajer jer tunjuk mata wang dalam RM, biar nampak banyak walaupun tak banyak. haha
Berikut sedikit kronologi dunia eBay saya.
March 2009
- 8 hb – Saya mula mendaftar
- 11 hb – Saya mula membeli (setem, ebook, notebook, majalah, sticker, mousepad dll)
- 14-15 hb – Saya pun mula menyenaraikan 10 barang
- 18,19,21 hb – Jeng3….semua 10 barang tak laku tak laku. Cobaan…
- 23,24 hb – Saya list lagi 6 barang
- 26,27 hb – Alhamdulillah… 4 dari 6 terjual
- yg seterusnya2 malasla saya nak senarai satu2. hehe
Itu sajelah setakat ni… Lambat lagi lah kot saya nak update blog ni.
Terlalu sibuk dengan kerja dan saya akan tumpukan lebih perhatian untuk membina bisnes di eBay…
Ok. Salam usahawan semuaaa!!!
XploR
Cubaan pertama saya, semua 10 barang saya tak laku. Semua yang disenaraikan banyak permintaan tapi terlalu banyak penawaran laa pulak….tenggelam barang saya dek ribuan barang yang lain. Masa penyenaraian pun saya dah set yang terbaik tp itulaaa belum rezeki lagi…List sikit sangat kot. hehe. Permainan harga pun kurang menjadi nampaknya.
Banyak lagi yang perlu saya belajar… Apa yang saya lihat banyak belian dibuat di store.
~Sekian melaporkan~

Dah lama tak login ebay nih. Maklumlah laptop baru ok…. Nak online merata-rata kang kena suspended plak akaun nih.
Hari ni saya rasa sangat gumbira kerana dah terima positive feedback yang ditunggu-tunggu sejak 12 Mac lalu… Sebenarnya 17 Mac dulu lagi dia bagi feedback tapi hari ni baru tengok. Tanpa membuang masa saya pun bagilah secebis feedback copy paste kat power seller yang agak friendly tu ![]()
Oh sebenarnye setem tu tak sampai pun lagi kih3, katenya dia pun tak pasti lama mana nak sampai kat Malaysia ni sebab saya ni pembeli pertama dari Malaysia….dia kate la…
OKlah nak mengumpul feedback lagi ni.
p/s: Rasa tak sabar la…. saya skodeng2 ade yang takde feedback pun terus menjual, ramai yang bid plak tu, ghairah plak rase kih3

Saya menang moto0rr setem
Malam tadi kali pertama saya membida di eBay. Sekali bid terus menang. Dua orang jer bid setem tu. Saya bid pun masa dah nak abis dah, tinggal kurang seminit jer lagi.
Nasib baik menang. Dapatla setem harga lebih kurang 1 dolar…. Ok la tu barang kat oversea nun. Katenye lebih 15 hari gak la barang tu nak sampai. Uiii lamenyer…
Sebenarnya saya bukan minat sangat setem, apatah lagi mengumpul setem
Saje membeli nak dapatkan positive feedback dulu. Positive feedback ni penting sebelum saya melangkah lebih jauh sebagai peniaga.
Kalau ikut hati nak jer saya beli barang-barang lain yang boleh saya pakai, hadiah kat keluarga ker… tapi itula…..mahal….. Mula-mula ni kena la beli barang murah-murah dulu, nanti income dah ribu-riban boleh la angkat yang mahal-mahal sikit
Ok lah kawan-kawan setakat ini dulu, nak tunggu feedback dari penjual dulu ni.
Hari ini 8 Mac 2009, sahlah saya sebagai ahli berdaftar eBay.. Saya daftar lebih kurang pukul 1 pagi di eBay.com.my. Proses pengisian borang dibuat sambil berchit-chat dengan Bro Matzis yang kool. wakakaka! (gaya Bro Matzis gelak)
Perkara paling payah sekali nak buat masa isi borang tu ialah kat user ID tu. Setengah jam juga lah saya ambil masa nak reka user ID, akhirnya dapatlah yang kool dan memudahkan orang ingat.
Ebook eBay Sifu Lan dah beli 5 hari dah? Kenapa baru daftar? Baru bace ke ape? kih3
Takdelah, saya bukan jenis terburu-buru. Saya biasakan diri saya dulu dengan eBay, klik sana klik sini, baca info-info, tengok apekebende orang jual macam-macam lagilah. Selain itu, yang wajibnya sudah tentu selongkar blog dan forum support Sifu Lan serta blog usahawan-usahawan eBay ini; Matzis.com, Noorizamshah.com, Shahraduan.com.
Masih jauh lagi perjalanan saya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan usahawan-usahawan eBay ini. Sudah bertahun-tahun mereka melayan eBay. Namun saya percaya, kejayaan mereka ini juga bermula dari mereka tidak tahu apa-apa tentang eBay. Mane ade orang terus tahu, semua benda kena belajar betul tak? Saya jadikan mereka ini sebagai pendorong semangat saya untuk menjadi usahawan eBay berjaya. InsyaAllah. Nak tunggu isteri jadi pembakar semangat, ntah bile ntah, maklumlah belum berpunya lagi. hahaHa. Melalut plak.
Oklah saya akhiri dengan kata-kata azimat untuk saya dan mereka yang belum lagi buat apa-apa
“Perjalanan yang jauh bermula dengan satu langkah.”
Semoga Yang Maha Esa memberkati langkah saya ini.
Wassalam…
Tags: daftar ebay, ebay

Klik button di atas untuk mendownload.
(more…)
Tags: ebay, Perniagaan Internet, sifu lan
Ini post saya yang kedua selepas saya agak buntu nak menulis.
Saya tidak mahu cerita apa itu perniagaan internet, tapi nak beritahu KATEGORI atau JENIS perniagaan internet apa yang saya impikan.
Perniagaan internet yang menjadi impian dan cita-cita saya ialah Perniagaan Berasaskan Produk. Jenis produk pula adalah Produk Fizikal. Tidak kiralah ianya produk saya sendiri atau dari dropshipper. Kedainya pula dah tentu di ebay
Bagaimanapun, saya tidaklah terlalu obses dengan produk fizikal. Saya sedar industri Perniagaan Produk Digital juga mempunyai pasaran yang luas. Salah satunya produk berbentuk informasi. Tak payah cerita di luar, cukup di negara kita ni pelbagai produk informasi dijual. Setiap bulan ade saje ebook macam-macam tajuk; Panduan, Kaedah, Tip, Rahsia, macam-macam lagilah. Laku macam goreng pisang.
Saya juga tidak mahu ketinggalan dalam perniagaan produk digital. Maka beberapa hari lagi saya juga akan melancarkan laman jualan produk digital. Wau! Jual ebook ke? Eh takdelah, video… Wah lagi dahsyat!
p/s: Fuhh! saya ambil masa 2 jam untuk mencari idea dan menulis. Macam mana yer anda dapat idea menulis? panjang-panjang plak tu.

