Saban hari saya menerima pelbagai macam bentuk email; ada yang mengajak JV, ada yang bertanyakan soalan – soalan teknikal, ada yang bertanyakan tentang kesahihan laman – laman web tertentu dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, soalan yang PALING kerap saya terima adalah:
“Boleh tak saudara ajar saya macam mana nak buat duit dengan
SEGERA di internet?”
Anda mungkin dah terdedah dengan pelbagai cerita, berita, informasi yang mengatakan adalah MUDAH untuk buat duit di internet…
Dengan kebanyakan laman web – laman web yang menunjukkan pendapatan RIBU – RIBU setiap hari, screen shot transaksi akaun bank, PayPal, Clickbank etc… membuatkan ramai pengguna internet berasa TERUJA dengan tawaran pada laman web tersebut.
Apatah lagi apabila kebanyakan pemilik web jualan tersebut memberitahu bahawa tawaran yang mereka berikan adalah “RAHSIA” yang kononnya mampu membantu anda menjana pendapatan di internet…
Jadi, sebagai pengguna yang sedang tercari – cari “macam mana nak buat duit” menerusi internet, kebanyakan mereka akan lebih terdorong untuk memiliki dan mencuba tawaran yang diberikan.
Sekarang, mari kita hadapi KENYATAAN yang sebenarnya…
Adakah mudah untuk buat duit di internet? Jawapannya adalah TIDAK.
Fikirkan kembali logiknya… Jika benarlah nak buat duit di internet ini mudah, saya percaya ramai yang akan berhenti kerja, mengadap komputer dan “kaut” duit dari internet…
Sedar atau tidak, kehidupan kita ini memerlukan USAHA TANPA LELAH untuk kita capai sesuatu.
Jika malas berusaha, bagaimana kita nak capai apa yang kita hajati.
Oleh itu, saranan saya adalah anda perlu tetapkan minda yang betul terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam industri ini.
Sebenarnya tak ada “RAHSIA” untuk menjana pendapatan menerusi internet.
Tahukah anda bahawa perkara yang paling UTAMA yang akan menentukan sama ada anda akan berjaya menjana pendapatan di internet ataupun tidak adalah:
KEBERKESANAN KEMAHIRAN & STRATEGI MELAKUKAN PEMASARAN SECARA ONLINE
Ya… Inilah sebenarnya yang kononnya menjadi “RAHSIA” kepada kebanyakan mereka yang mampu menjana pendapatan di internet. Jika anda mampu menguasai “BAGAIMANA” untuk melakukan pemasaran di internet, maka dengan mudah anda boleh buat duit di internet.
Tetapi untuk mencapai kemahiran ini bukanlah sesuatu yang mudah.
Ia merangkumi pelbagai aspek bermula daripada bagaimana untuk melakukan kajian pasaran, pemilihan pasaran yang menguntungkan, bagaimana nak bina laman web yang betul, di mana nak beriklan dengan berkesan, macam mana nak menghasilan penulisan (copywriting) yang efektif sehingga membuatkan pelawat web berminat dengan tawaran anda dan pelbagai macam perkara lagi termasuk perihal teknikal.
Terdapat banyak cabang pasaran di internet yang boleh diceburi, tetapi tanya diri kita terlebih dahulu… Sudahkah kita bersedia untuk menempuh sebarang kemungkinan dalam perjalanan kita dalam industri ini?
============================================================================
Artikel ini adalah dari email yang ditulis oleh saudara Amirol Zolkifli (diedit sedikit supaya sesuai untuk dipaparkan). Jika anda mahukan lebih banyak info begini anda boleh mendaftar di www.peluanginternet.com
Awas anda hanya akan menerima info-info berkualiti sahaja, TIADA iklan-iklan mempromosi produk affiliate setiap minggu
Lawati juga blog beliau beliau di mohdamirol.com.
============================================================================
Ini pula pendapat saya, RAHSIA yang anda beli dan baca itu sebenarnya hanyalah PANDUAN, tanpa apa-apa TINDAKAN tiadalah hasilnya. Dalam membuat tindakan itulah kita memerlukan KEMAHIRAN DAN STRATEGI PEMASARAN yang betul
Tags: buat duit, rahsia, strategi pemasaran
Tags: buat duit, rahsia, strategi pemasaran

May 8th, 2009 at 9:15 am
Provokasi memang byk berlaku di internet. Tak lain tujuannya utk mengajak mereka yg tercari2 sesuatu yg boleh buat di internet untuk beli produk atau service yang sesuai. Bagi saya, kenali latar belakang sesorang itu, kaji komitmen dia..baru sertai dia! Adioss….
May 9th, 2009 at 12:06 pm
@nuwa ~ betul tu nuwa, saya sekarang cukup berhati2 pilih produk dan penjual. Tak nak jadi macam sudah2.
May 9th, 2009 at 9:10 pm
sebuah pendedahan yang memang tepat!! x payahlah nak cari jalan nak duit mudah, merompak pun susah jugak..yang penting kerjasama..eh itu wonder pet..yang penting usaha dan usaha dan usaha..
May 10th, 2009 at 9:51 pm
Betul, saya da da jumpa mcm2 program di internet ni. So. kena berhati2 utk pilih bisnes yg btl2 “legit” dan blh generate good income.
May 12th, 2009 at 6:08 pm
internet ni boleh diumpamakan dua jalan. ke kiri jahanam, ke kanan kejayaan. Usahalah ke arah kebaikan, mcm2 boleh diambik peluang dr internet ni, tapi yang pastinya tak ada jalan mudah. mudah.com pun x mudah jugak..
May 12th, 2009 at 10:54 pm
betul tu samsul & alkisah. kena berhati2 & tak ada jalan mudah. Mu ni klakar la alkisah. Hilang tensen dgn streamyx yang meragam 2 3 ari nih.
May 22nd, 2009 at 1:33 am
oit mana post baru ni..hehehehe