Oh! dah lama saya tak menulis. Tak boleh jadi ni. Bersawang blog ni nanti. hehe. Kenapa dah lama tak menulis? Tak ada idea ke? Bukan tak ada idea sebenarnya saya sedang fokus belajar strategi berniaga di ebay. Eh lamenyer blajar….
ya memang lama sebab saya ni curi-curi jer masa nak belajar ni. Maklumlah siang kerja, malam jer la ada masa sikit… Sekarang dalam proses menyiapkan produk pula… InsyaAllah saya akan mula menyenaraikan produk di eBay selepas cuti Hari Pekerja nanti. Lagi satu saya ni sebenarnya tak brapa pandai nak buat banyak kerja dalam satu-satu masa. Sebab tu sekarang ni satu lagi blog yang saya yang jadi sumber pendapatan sampingan saya tu saya tinggalkan sekejap…
Berbalik ke tajuk asal, sebenarnya bukan saya nak bagitahu saya risau blog saya tiada pelawat. Tetapi saya nak berkongsi dengan blogger-blogger semua siapa yang patut risau blog tiada pelawat. Pada pendapat saya blogger atau penulis blog yang patut risau ialah mereka yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan utama/sampingan.. Tak kiralah apa sumbernya; program pengiklanan , program affiliate, menjual produk digital/fizikal dan pelbagai sumber lagi. Memang patutlah penulis blog ini merasa risau, yelah kalau tiada pelawat maka tiadalah prospek atau pelawat yang bakal menyumbangkan hasil… Betul tak ?
Sebenarnya idea saya menulis kali ni datang dari beberapa penulis blog yang bersungut bila blog tiada pelawat. Jadi kesimpulannya, tidak perlulah anda risau melampau kalau blog tiada pelawat jika blog anda sekadar tempat anda meluah perasaan, catatan kisah kehidupan, hobi masa lapang atau blog suka-suka atau blog cinta antara dua insan, cewaahh
Mudah cerita blog anda bukanlah blog bermotifkan penjanaan wang. Tapi, risau dan menggelabahlah kamu jika blog kamu adalah sumber pendapatan kamu..
Jadi susun-susunlah strategi untuk menarik pelawat ke blog kamu itu….
Eh bagilah idea sikit. Oh! saya bukanlah orang yang pakar dan layak untuk bicara tentang menarik trafik ke blog. Sumber trafik utama blog ini hanyalah dari forum signature dan komen-komen yang saya tinggalkan di blog orang lain. Saya belum berkesempatan untuk mencuba kaedah-kaedah yang sememangnya banyak lagi yang belum diselongkar.
Jadi dari mana sumber utama trafik atau pelawat ke blog anda?
p/s: Widget MyBlogLog saya masalah betul la….recent visitor tak updated. Hampeh tul. Tak stabil langsung.

April 27th, 2009 at 1:20 am
Salam,
Saya pun baru juga berjinak2 dgn blog. Apa yang saya tahu,selain join forum untuk menarik traffic, kita boleh juga melawat blog orang lain dan meninggalkan komen yang bernas. Dari situ,orang akan cuba mendekati kita. Satu lagi saya pun baru dapat ilmu nih. Kita cuba letak google friends connect kat blog kita dan satu lagi, macam saudara buat recent visitor tu. Itupun bagus tu.Sekian.
May 1st, 2009 at 10:27 am
Biasanya kalau orang nak tarik trafik dengan cepat selalunya orang buat kuiz atau pertandingan yang libatkan hadiah lumayan.sure ramai yang datang…..
May 3rd, 2009 at 10:56 am
Jangan Risau Bro! Paling kurang satu bulan satu kali kena post artikel, itu dah dikira bagus. Paling penting, kena pastikan maklumat atau “ayat-ayat cinta” yang bakal nak post itu boleh beri manfaat dan boleh share something..kat situ, secara perlahan-lahan nilai tambah dan rating akan naik
May 7th, 2009 at 1:26 am
Risau ke blog takder pelawat…ntah…cuma rasa macam tak best je kut..hoho..
Baik la bukan betul2 blog pendapatan kan, klu tak seriously kena risau ooo…
May 8th, 2009 at 9:18 am
Rajin2 berforum untuk bina kredibiliti..pasti org akan masuk blog utk baca informnasi berguna..
May 9th, 2009 at 12:03 pm
@nozi ~ mungkin saya juga akan bertukar ke google friend connect gak nanti. mslh mbl.
@hazman ~ Bagus gak buat kuiz, tapi saya kurang berkenan dengan orang yang buat pertandingan pengomen paling banyak. Sori sapa2 yang pernah buat.
@rizal ~ Betul tu. InsyaAllah saya cuba 1 atau 2 kali sebulan
@kakeru ~ tak risau mana sebab income saya bukan dari sini
@nuwa ~ ya betul nuwa, forum sumber trafik yang bagus. Tapi orang sibuk macam saya ni payah sikit ler…huhu
May 12th, 2009 at 10:33 am
saya sekadar jadikan blog saya tempat meluah kata2..tiada niat untuk mencari income dari situ kerana saya bukanlah seorang IM tegar yang mampu meraih pendapatan..saya hanya seorang penulis biasa yang menggunakan kibord medium berkongsi info..kemahiran berblog tiada dalam diri ini..apatah lagi keupayaan menggunakan teknik terbaik menjana income-aku hanya serangga-BPR
June 20th, 2009 at 7:27 pm
tumpukan 1 niche. Insya-Allah, pelawat datang sendiri. Satu lagi, ciptakan keunikan. Orang akan lebih mahu kenal kita.
Ps: Cara lain. Hentam ajela apa cara. Janji dapat trafik. Haha..
October 1st, 2009 at 4:21 pm
Tulis blog dgn ilmu sebenar dan iklas, bkn hanya mengejar kewangan. mesti ada target visitor nnti.
October 12th, 2009 at 4:55 pm
Defend pada tujuan anda menulis. Jika anda sekadar menulis mungkin tidak kisah sangat. Tapi jika anda buat bisnes melalui internet memang risau sebab perlukan trafik untuk bisnes. Terima kasih singgah di blog saya. Salam perkenalan juga. Jangan serik untuk tgk blog saya lagi.
December 20th, 2009 at 8:06 pm
masalah takde pelawat sbenarnya berpunca daripada blogger tu sendiri..tak kiralah walau apapun motif seseorang blogger tu utk berblog,blogger tu perlu jgk menjengah blog org lain dan tinggalkan komen..melalui komen tu barulah org sedar kewujudan blog kita..
p/s : boleh ke org jumpa rumah kita dgn tepat kalau kita tak kasi alamat rumah kita pada org lain?sedikit analogi mudah drpd saya..