Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Mungkin ramai yang dah tahu tentang bengkel wordpress anjuran Catzer nih. Saper Catzer? Nak kena cerita gak ke? Isk dah glemer dah dia ni. Sejak buat bengkel ni tahap keglemeran dia semakin meletop la kirenye. ![]()
Tapi yang pastinya keglemeran itu tak kan merubah seorang Catzer yang mesra dan peramah
OK, kita sembang pasal Bengkel Wordpress ni pula. Sebenarnya ini adalah bengkel kali kedua. Bengkel pertama telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Mac 2009 yang lepas.
Kita layan gambar and video sikit
Ramai yang datang….

Saya suka gambar ni, tengok tu semangat abang-abang tu belajar

Dengar bekas DJ radio bercakap
Tengok tu, yang dah taraf mak ayah pun pergi…. semangat betul menimba ilmu. Lagi satu nak kabo ni, yang datang tu pun bukan yang tak pernah guna wordpress atau berbloging dengan platform wordpress malah ade yang dah lama pakai, tapi kenapa pergi jugak? Sebabnya mereka tahu kat bengkel tu Catzer bukan ajar cara berblogging jer. Ok ni modul-modul yang akan di ajar oleh Catzer:
- Modul Eksklusif 1: Pengenalan Dan Pemasangan WordPress
- Modul Eksklusif 2: Konfigurasi Dan Kemaskini Laman Web WordPress
- Modul Eksklusif 3: Membina Isi Kandungan Laman Web WordPress Anda
- Modul Eksklusif 4: Membina 3 Model Laman Web Menggunakan WordPress
- Modul Eksklusif 5: Pendedahan Eksklusif Menjana Trafik Ke Laman Web WordPress Anda
Modul 1 hingga 3 ialah modul beginner dan modul 4 dan 5 pula modul intermediate. Suka saya ingatkan sekali lagi, anda bukan diajar cara berblogging saja di bengkel ini tapi anda akan belajar cara membina online store, minisite dan laman web direktori. Malah anda dapat percuma Hosting dan Top Level Domain (.com/.net/.org/.info,etc). Nak bonus lagi? Ade lagi…. Catzer akan beri 250 plugin wordpress. Jadi tak payah pening-pening kepala nak pakai plugin apa. Ikut saja apa yang pakar buat. Lepas ni anda pula yang jadi pakar wordpress!
. Lain-lain bonus boleh tengok di www.bengkelwordpress.com. Camne kalau tak dapat tangkap semua semasa bengkel berlangsung? Jangan bimbang….anda akan mendapat sokongan seumur hidup melalui forum ekslusif untuk peserta bengkel. Kat forum ini jugalah anda mungkin dapat mengembangkan perniagaan anda
Bercakap pasal kepakaran ni, saya nak sentuh sikit kepakaran Catzer ni, beliau adalah pakar dalam SEO. Kalau anda mahu laman web perniagaan atau blog anda berada di kedudukan baik enjin carian, bengkel ini sesuai untuk anda. Mahu blog dan laman web perniagaan anda dikunjungi ramai macam gula dikerumuni semut macam blog Catzer tu? Bergurulah dengan dia. Jangan jadi macam blog saya ni sunyi sepi hoho
Oklah panjang lebar cerita, bila dan kat mana bengkel wordpress kedua ni akan berlangsung?
Tarikh: 26 April 2009 (Sabtu)
Masa: 8.00 am – 5.00 pm
Lokasi: JTC, Bandar Tasik Selatan,KL(Maklumat Lokasi)
Yuran: RM290 Beserta Makan Minum, Laptop Disediakan
Saya jamin yuran RM290 amat berbaloi untuk ilmu yang bakal anda dapat dari seorang webmaster yang telah membina lebih 300 laman web dan blog ![]()
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang bengkel wordpress ini di www.bengkelwordpress.com (link affiliate)

April 7th, 2009 at 3:15 pm
Erm thanks xplor nanti aku bawak semut gatal, semut merah, kerengge datang hurung blog ko ni erk..hahahah…
Erm lupe nak inform kalau mereka yang berstatus student bolehlah PM aku untuk dapatkan rege special.
April 11th, 2009 at 11:14 am
Abang2 otai pun ramai yg dtg..perkembangan hebat nie.. nmpknya dh ramai org Msia kita yg bukak mata ttg kepentingan internet..selain sbg saluran komunikasi, smbil2 boleh make income… hehe..
April 12th, 2009 at 11:01 pm
walaupun saya tak de peluang nak pergi, namun secara ikhlasnya saya ingin berkata, memang catzer seorang yang bagus dan berbakat dalam kendalikan bengkel wordpress cenggini!..Teruskan Catzer!
April 15th, 2009 at 10:20 am
Untuk membuat website, wordpress pilihan yang bagus.
April 15th, 2009 at 11:03 am
Hurmm…bestnyer. Bila dapat pi nih…hoho.. Catzer, rate student utk saya leh..?..hoho..
April 20th, 2009 at 11:07 pm
sebagai bekas peserta bengkel sulung catz….sememangnya wajar ianya disertai…..membantu saya meningkatkan kefahaman tentang wordpress……sekarang saya dah ade blog dot com sendiri…..
June 9th, 2009 at 1:21 am
Saya dah daftar untuk sesi 13 Jun 2009. Tak sabar rasanya untuk berguru daripada pakar.