DiariXploR.com
diari saya buat duit di internet
pakej video blog
  • Home
  • Siapa XploR?
  • Hubungi

Posts Tagged ‘ebay’

Baru Melanggan Store di eBay Malaysia

Perniagaan Internet, eBay 3 Comments »

Salam. Lame nyer saya tak update blog ni. Admin punya password pun hampir2 lupa. :D Dahla payah nak buat post baru, post plak takde info yg menarik kan? Xpe lah…diari lah katekan… ;)
Nak catat lagi satu diari di sini….

Hari ni 25 Oktober 2009 saya telah melanggan store di eBay.com.my

Sebagai eBay seller yang baru merangkak & berniaga kecil-kecilan saya pun subscribe pakej paling murah iaitu Basic Store.

langgan store ebay.com.my

Dengan yuran bulanan RM12 sebulan dan percuma Selling Manager Pro, kadar ini kira murah dan berbaloi-baloi. Saya pun tak tahu lagi apa beza antara level Basic, Featured dan Anchor Store ni. Biasalah baru nak belajar ni, kenalah ambil yang basic2 dulu, nanti dah nampak hasil yang konsisten, kita upgrade yang lebih advance! Tak gitu?

Banyak lagi yang saya tak tahu pasal store ni, Selling Manager Pro tu pun lagilah saya tak tahu pro nyer kat mane. Sekarang ni yang ada dalam kepala saya ialah nak godek2 store nak buat kategori untuk beribu-ribu produk-produk saya tu.

Sampai sini dulu kali ini. Terima kasih yang sudi jenguk2 blog yang tak brape hot dan suam-suam susukuku ni. :P Tak sangka ada lagi yang sudi bg komen wpun post2 tu dah lame. Kunjungan anda amat saya dihargai, datang lagi bawak buah tangan sekali. hehe. Jumpaa lagiiiii!!

p/s: Doakan saya supaya lebih serius di eBay dan kurangkan membazir masa.


October 25th, 2009 |

Tags: ebay, ebay store, selling manager pro




Bid dan Menang!

Perniagaan Internet, eBay 2 Comments »

won-email2

Saya menang moto0rr setem :D Malam tadi kali pertama saya membida di eBay. Sekali bid terus menang. Dua orang jer bid setem tu. Saya bid pun masa dah nak abis dah, tinggal kurang seminit jer lagi.
Nasib baik menang. Dapatla setem harga lebih kurang 1 dolar…. Ok la tu barang kat oversea nun. Katenye lebih 15 hari gak la barang tu nak sampai. Uiii lamenyer…

Sebenarnya saya bukan minat sangat setem, apatah lagi mengumpul setem :D Saje membeli nak dapatkan positive feedback dulu. Positive feedback ni penting sebelum saya melangkah lebih jauh sebagai peniaga.
Kalau ikut hati nak jer saya beli barang-barang lain yang boleh saya pakai, hadiah kat keluarga ker… tapi itula…..mahal….. Mula-mula ni kena la beli barang murah-murah dulu, nanti income dah ribu-riban boleh la angkat yang mahal-mahal sikit ;)

Ok lah kawan-kawan setakat ini dulu, nak tunggu feedback dari penjual dulu ni.


March 12th, 2009 |

Tags: bid, ebay




Hari Pertama di eBay

Perniagaan Internet, eBay 6 Comments »

Hari ini 8 Mac 2009, sahlah saya sebagai ahli berdaftar eBay.. Saya daftar lebih kurang pukul 1 pagi di eBay.com.my. Proses pengisian borang dibuat sambil berchit-chat dengan Bro Matzis yang kool. wakakaka! (gaya Bro Matzis gelak) :D Perkara paling payah sekali nak buat masa isi borang tu ialah kat user ID tu. Setengah jam juga lah saya ambil masa nak reka user ID, akhirnya dapatlah yang kool dan memudahkan orang ingat. ;)

Ebook eBay Sifu Lan dah beli 5 hari dah? Kenapa baru daftar? Baru bace ke ape? kih3
Takdelah, saya bukan jenis terburu-buru. Saya biasakan diri saya dulu dengan eBay, klik sana klik sini, baca info-info, tengok apekebende orang jual macam-macam lagilah. Selain itu, yang wajibnya sudah tentu selongkar blog dan forum support Sifu Lan serta blog usahawan-usahawan eBay ini; Matzis.com, Noorizamshah.com, Shahraduan.com.

Masih jauh lagi perjalanan saya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan usahawan-usahawan eBay ini. Sudah bertahun-tahun mereka melayan eBay. Namun saya percaya, kejayaan mereka ini juga bermula dari mereka tidak tahu apa-apa tentang eBay. Mane ade orang terus tahu, semua benda kena belajar betul tak? Saya jadikan mereka ini sebagai pendorong semangat saya untuk menjadi usahawan eBay berjaya. InsyaAllah. Nak tunggu isteri jadi pembakar semangat, ntah bile ntah, maklumlah belum berpunya lagi. hahaHa. Melalut plak.

Oklah saya akhiri dengan kata-kata azimat untuk saya dan mereka yang belum lagi buat apa-apa ;)

“Perjalanan yang jauh bermula dengan satu langkah.”

Semoga Yang Maha Esa memberkati langkah saya ini.

Wassalam…


March 8th, 2009 |

Tags: daftar ebay, ebay




Download Ebook Ebay Sifu Lan

Perniagaan Internet, eBay 8 Comments »

download-ebook-ebay-sifu-lan
Klik button di atas untuk mendownload.
(more…)


March 3rd, 2009 |

Tags: ebay, Perniagaan Internet, sifu lan




Saya Dah Beli Ebook Ebay Sifu Lan!

Makluman 11 Comments »

Apesal? Ebook dia tak best ker? Tak berbaloi ke beli?
Tak dapat ebook lagi ker? Ya belum dapat ebook. Saya dah beli lama dah
(more…)


March 2nd, 2009 |

Tags: ebay, sifu lan




  • Kategori

    • Info (2)
    • Makluman (4)
    • Perniagaan Internet (9)
      • eBay (8)
    • Program Internet (2)
      • CPALead (2)
    • Review (1)
    • Santai (1)
    • Tip dan Trik (2)
    • Umum (1)
  • Post Terkini

    • Bulan Januari 2010 Jualan Jatuh Merudum!
    • Perancangan Dan Azam 2010
    • Baru Melanggan Store di eBay Malaysia
    • Selepas lebih 111 hari di eBay…
    • Semua tak laku…
  • Komen Terkini

    • titan on Bulan Januari 2010 Jualan Jatuh Merudum!
    • titan on Perancangan Dan Azam 2010
    • make money with cpalead on Lagi Komisen CPALead.com ;)
    • XploR on Perancangan Dan Azam 2010
    • annuarn on Perancangan Dan Azam 2010
  • Status Terkini

    Status Terkini

      follow me on Twitter
    • Pembaca Setia

    • Blog Informasi

      • Amanz.my
      • JurnalSEM.com
      • MajalahSains.com
      • SmartUsaha.com
    RSS XHTML CSS Log in
    Wp Theme by n Graphic Design | i Software Reviews
    Powered by Wordpress