Apa khabar tuan punya blog? heheh. Saya sihat-sihat dan agak malas menulis blog. Hoh! Sendiri tanya sendiri jawab.
Baru-baru ini buat pertama kalinya saya mencuba pengiklanan google adwords. Hari ini tamatlah sudah kempen pengiklanan selama 18 hari sebab prepaid sudah habis.
Dengan modal keseluruhan sebanyak RM143.75, hanya satu jualan dengan komisyen RM32 terhasil. OhH! Rugi-rugi…Boleh bankrup tokei emas macam ni! HaHa! Saya cuba pengiklanan adwords ni pun selepas dapat kupon google adwords RM100. Modal awalnya hanyalah RM40 untuk bayaran pengaktifan akaun.
Jadi,
(Hasil: RM32 ) – (Modal RM40) = RM8 RUGI!
Walaupun kerugiannya nampak kecik, tapi sebenarnya besar kalau dianggap RM100 itu modal saya bukannya kupon percuma. Hasil jualan berbanding klik amat amAT AMAT tidak memberangsangkan!Takpalah, first time cuba… banyak lagi yang perlu dipelajari.
p/s: Adakah molek kalau saya membeli ebook panduan pengiklanan google adwords?


August 1st, 2010 at 7:49 pm
rm32..rendah komisen tu.. aku selalunya tak guna adword untuk komisen rendah. aku punya rule.. kalo kos iklan hampir cecah jumlah komisen..and still takda sale. Aku stop terus. Kalo ada sale, aku tweak copywriting kasi conversion naik. And buat campaign pada 1 keyword saja (base on data yg dapat 1st campaign). Adword tricky skit. Guna untuk buat buat keyword research ok la kot. Apa pon tahnia.. sale tetap ada