DiariXploR.com
diari saya buat duit di internet
pakej video blog
  • Home
  • Siapa XploR?
  • Hubungi

Perancangan Dan Azam 2010

Umum Add comments

Owh!! Dah lama sangat saya tinggalkan blog ni. Saya nak menulis pun dah terasa agak janggal. Adakah ini petanda blog ini dah sampai ajal masa untuk ditutup? Oh! Tidak! Saya masih sayangkan blog ini. Saya akan tetap menulis sekalipun tiada yang datang menjenguk blog yang tak popular ni. :)

Baiklah, kepada yg sedang membaca ni saya nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua. Semoga tahun ini lebih baik buat kita hendaknya. Masuk tahun baru dah tentu kita ada azam baru kan? Anda macam mana? Saya sudah semestinya! ;) Ini adalah antara perancangan dan azam 2010 saya:

    • Menambahkan jualan dan keuntungan di eBay

    Penghujung tahun 2009 jualan saya agak memberangsangkan. Keuntungan kasar saya hampir RM2000. Saya sedar faktor utama adalah sambutan Hari Natal atau Krismas pada bulan 12. Jadi saya jangkakan jualan mungkin akan merosot pula selepas ini. Menyedari hakikat itu, saya merancang untuk membuka satu akaun baru yang akan saya uruskan sendiri penyediaan, pembungkusan dan pengeposan produk selepas ini. Saya akan menulis lebih lanjut dalam post berikutnya tentang perancangan eBay 2010.

    • Melabur dalam Unit Amanah Saham / Pelaburan Emas

    Sehingga ke hari ini saya langsung tidak melabur dalam mana-mana saham amanah. Masuk gaji, simpan sikit2, bayar hutang, belanja sakan. Itu jelah pusingan duit gaji saya. Jadi pada tahun ni, saya nak laburkan sedikit duit gaji ni biar dia beranak pinak. hehe

    • Merancang masa dengan baik

    Saya akui saya gagal menguruskan masa saya dengan baik. Kadang-kadang benda boleh buat sejam saya buat 3 4 jam. Terlalu byk selingan-selingan dari buat apa yang sepatutnya. Masa itu Emas. Hargailah masa anda :)

    • Membeli kereta mampu milik ;)

    Ikut nafsu mahu jer beli kereta idaman Honda Jazz. Tapi kalau ikut nafsu pun, duit tarak tak guna jugak. Betul tak? hehe. Jadi saya hanya akan beli kereta yang sesuai dengan kewangan saya jer… Kereta second hand dan made in Malaysia mungkin. Yang ni hujung tahun jugak la kot baru beli.

    • Mencari teman hidup

    :) Tahun depan 2011, umur saya dah 28; tahun yang saya angankan dimana saya mendirikan rumah tangga. Mak saya pun dah mula tanya sebab dua orang adik saya; yang perempuan dah kawin ada anak, yang lelaki plak bakal kawin tahun ni, InsyaAllah. Jadi sudah sampailah masanya abang long mencari teman wanita untuk dijadikan bakal isteri. Owh! Syoknya kawin! heheh

Oklah. Tu jer lah apa yang saya rancang nak buat tahun 2010. Harapnya Tuhan mempermudahkan jalan untuk saya laksanakan azam saya ni..Amin…. Nak kongsi azam 2010 anda? Sudi2kan di ruangan komen yer.


January 3rd, 2010 |

5 Responses to “Perancangan Dan Azam 2010”

  1. Zamri Mohamad
    January 4th, 2010 at 10:27 am

    Jangan ditutup blog ini. Banyak benda baru boleh dibelajar. Nanti tidak tahu apa cerita orang di sana!


  2. msarbin
    January 4th, 2010 at 11:48 am

    Thank you bro kerana singgah di blog aku. Semoga bro juga terus success.


  3. annuarn
    January 4th, 2010 at 1:03 pm

    Pertma sekali, jangan tutup blog ini. Ada banyak manfaatnya untuk sesiapa yang melawat termasuk saya. Yang kedua, azam tahun baru nak cari pasangan hidup tu bertepatan sekali dengan sunah rasul. Kalau masih belum ada calun kena tambah startegi dan promosi habis-habisan…..heheh..


  4. XploR
    January 5th, 2010 at 10:22 pm

    Terima kasih semua. Saya tak kan tutup blog ni… selingan jer tu. Ni kan diari yang memotivasikan diri saya. Mana boleh berkubur! hehe! point pentingnya azam saya tu. Mudah mudahan tercapai…


  5. titan
    March 6th, 2010 at 2:09 pm

    hoho..betul. marilah berkahwin..


Leave a Reply

  • Kategori

    • Info (2)
    • Makluman (4)
    • Perniagaan Internet (10)
      • eBay (9)
    • Program Internet (2)
      • CPALead (2)
    • Review (1)
    • Santai (1)
    • Tip dan Trik (2)
    • Umum (2)
  • Post Terkini

    • eBay Power Seller + Top-rated Seller
    • Pengiklanan Google Adwords yang GAGAL?
    • Bulan Januari 2010 Jualan Jatuh Merudum!
    • Perancangan Dan Azam 2010
    • Baru Melanggan Store di eBay Malaysia
  • Komen Terkini

    • Parry Aftab Arrested For Child Molestation on Masalah Pelawat Terkini MyBlogLog
    • XploR on Risau blog tiada pelawat?
    • XploR on Bulan Januari 2010 Jualan Jatuh Merudum!
    • Promosi on Promosi Blog Guna MyBlogLog
    • johnjimat on Risau blog tiada pelawat?
  • Status Terkini

    Status Terkini

      follow me on Twitter
    • Pembaca Setia

    • Blog Informasi

      • Amanz.my
      • JurnalSEM.com
      • MajalahSains.com
      • SmartUsaha.com
    RSS XHTML CSS Log in
    Wp Theme by n Graphic Design | i Software Reviews
    Powered by Wordpress